Bantuan makanan untuk siswa hadapi peperiksaan - Utusan Malaysia

Bantuan makanan untuk siswa hadapi peperiksaan

Mahasiswa
MOHD. Sazili Shahibi menyerahkan bekalan makanan pada Program Kongsi Rezeki kepada mahasiswa UiTM di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 52 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima bantuan bekalan makanan menerusi inisiatif daripada Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM) melalui Program Kongsi Rezeki, baru-baru ini.

Penerima bantuan berkenaan terdiri daripada mahasiswa berstatus Non Resident (NR) iaitu yang tinggal di luar kampus yang dalam masa sama membolehkan mereka memberikan tumpuan membuat persediaan menduduki peperiksaan akhir semester.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, berkata sumbangan amat membantu mahasiswa yang memerlukan dan berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Menurutnya, penyumbang bagi Program Kongsi Rezeki ini terdiri daripada warga KPPIM sendiri yang terdiri daripada staf dan pensyarah. Sumbangan yang berbentuk pelbagai barangan makanan berjumlah sekitar RM5,000.

“Rata-rata menyatakan sumbangan ini meringankan kos belanja bulanan mahasiswa. Program ini merupakan salah satu usaha KPPIM untuk membantu pelajar. Pelbagai usaha dirancang dan akan dilaksanakan bagi menyokong ekosistem pembelajaran para mahasiswa KPPIM,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor KPPIM, Profesor Dr. Haryani Haron memaklumkan, program berkenaan merupakan salah satu usaha KPPIM untuk menyokong pelajar di musim peperiksaan. 

“Dengan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, para pelajar dapat memberikan fokus sepenuhnya dalam mengulangkaji,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya