Baja Rahmah bakal diperkenalkan - Utusan Malaysia

Baja Rahmah bakal diperkenalkan

FUZIAH Salleh menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan pada majlis pelancaran inisiatif Payung Rahmah di Pasar Raya Fresh Choice di Taman Tas, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan ‘Baja Rahmah’ di bawah inisiatif Payung Rahmah dalam tempoh terdekat ini bagi membantu golongan petani.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, beberapa siri libat urus berkaitan perkara itu sudah diadakan dengan pemain industri.

Menurutnya, rundingan bagi mendapatkan pengeluar baja yang dapat membekalkan barangan berkuali dengan harga terbaik kini berada di peringkat akhir.

“Inisiatif ini dilaksanakan susulan rungutan daripada golongan petani mendakwa peningkatan harga sayur juga disebabkan dengan harga baja yang semakin mahal.

“Saya sendiri terlibat dalam sesi libat urus dengan syarikat yang boleh mengeluarkan baja yang baik dan mampu milik iaitu baja sawit dan baja campuran. Insya-Allah (sesi) libat urus ini, sampai ke penghujung (di peringkat akhir) tidak lama lagi.

“Selepas semua runding selesai, kita akan terus lancar baja Rahmah ini, sekali gus dapat mengawal harga sayuran dengan lebih murah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran inisiatif Payung Rahmah di Pasar Raya Fresh Choice di Taman Tas di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Pantai Selamat Group menyumbangkan 100 Bakul Rahmah mengandungi beras, minyak masak, bihun, makanan dalam tin, Milo dan pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM100 kepada golongan memerlukan.

KPDN dengan kerjasama Pantai Selamat Group juga melancarkan Pakej Rahmah dengan harga jimat RM55 bagi 15 barangan terpilih bernilai RM70 khusus untuk golongan memerlukan bagi menangani kos sara hidup sehingga Oktober depan, manakala Jualan Rahmah membabitkan diskaun sehingga 30 peratus ke atas 24 barangan pula berakhir 4 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata, usaha dilakukan tersebut bagi membantu meringankan beban golongan sasaran khususnya petani dan pekebun kecil di samping meningkatkan pengeluaran tanaman.

Jelasnya, dengan inisiatif itu juga dapat mengawal harga barang meliputi sayuran daripada terus meningkat sehingga membebankan rakyat membabitkan golongan B40.

Sementara itu, beliau menambah, Jualan Rahmah Bergerak yang berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’ yang sudah diperkenalkan Jun lalu bakal diperluaskan ke Pahang pengujung Ogos ini.

Katanya, ia lebih tertumpu ke kawasan pendalaman dan jauh daripada pasaraya. Sejak dilancarkan, KPDN sudah melaksanakan lebih 400 Jualan Rahmah Bergerak di seluruh negara dan setakat ini sambutan amat memberangsangkan.

“Kalau kita bawa lori 10 tan untuk Jualan Rahmah Bergerak ini, dalam masa tiga jam semua barangan akan habis. Rakyat dilihat sudah tertunggu-tunggu untuk membeli barang keperluan harian menerusi Jualan Rahmah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya