Anwar santuni Ustaz Muhaizat, pendakwah tersohor di YouTube

Anwar santuni Ustaz Muhaizat, pendakwah tersohor di YouTube

ANWAR Ibrahim (tiga kanan) berbual dengan Muhaizat Muhammad sambil berjalan semasa menziarahi Madrasah Ribat Al-Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa hampir satu jam menyantuni pendakwah tersohor di You Tube Ustaz Muhaizad atau Muhazad Muhammad dan golongan agamawan di Madrasah Ribat Al-Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong, di sini, hari ini.

Kehadiran pemimpin no.1 negara itu disambut oleh Muhaizad yang juga Penasihat Madrasah Ribat Al-Musthofa

Anwar yang memakai baju Melayu  berwarna biru muda dan bersamping itu tiba bersama rombongan pada pukul 6.47 petang.

 

 

ANWAR Ibrahim (tengah) semasa menziarahi Madrasah Ribat Al-Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong, Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

Selepas itu, beliau menghadiri taklimat ringkas bersama warga kepimpinan madrasah berkenaan.

Kemudiannya, Anwar bersama rombongan selepas itu menikmati makan malam dan kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita mengulas secara ringkas kehadiran ke madrasah berkenaan untuk menziarah sahabat-sahabat tok-tok guru.

Katanya, ini merupakan acara  rutin setiap kali turun padang.

Dalam pada itu, Muhaizad secara ucapan alu-aluan menyifatkan kehadiran Perdana Menteri sebagai salah satu nikmat persaudaraan agama dan bangsa.

Katanya, seluruh warga pondok mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri.

“Terima kasih kerana sudi melawat kami dan ia sesuatu yang menggembirakan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya