Annuar Musa dedah ada cawangan UMNO di Ketereh bakal ditutup Jumaat ini

Annuar Musa dedah ada cawangan UMNO di Ketereh bakal ditutup Jumaat ini

ANNUAR Musa semasa berucap pada Ceramah Perdana Isu-isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa mendedahkan ada cawangan parti itu akan di tutup pada Jumaat ini.

Beliau berkata, penutupan itu susulan penghijrahan keluar beramai-ramai ahli UMNO di kawasan Ketereh.

“Insya-Allah hari Jumaat ini tuan-tuan, ambo (saya) akan umumkan pemimpin bahagian (Ketereh) dan lain-lain termasuk cawangan UMNO akan dibubarkan.

“Ini adalah mereka yang mahu mengikut ambo (saya) secara terus. Insya-Allah…Tok Guru Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) mari, kita akan ishihar secara terbuka.

“Empat hari bulan ini (Jumaat) ada bekas exco pemuda, bekas duta, bekas datuk bandar dan ramai lagi. Ini adalah kumpulan pertama,” katanya semasa Ceramah Perdana Isu-isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas di sini sebentar tadi.

Annuar memberitahu, kumpulan kedua pula merujuk kepada individu yang tidak mahu tinggalkan jawatan dalam UMNO namun sudah tahu ‘singal’ diberikan untuk PRN nanti.

Katanya, merujuk kepada perkara itu beliau mengarahkan kumpulan berkenaan mengundi Pas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya