Annuar minta Afiq berfikir sebelum tinggalkan UMNO

Annuar minta Afiq berfikir sebelum tinggalkan UMNO

ANNUAR Musa semasa berucap pada Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa ada meminta anak lelaki tunggalnya, Afiq Amani untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meninggalkan UMNO, hari ini.

Annuar yang juga Bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, hanya Afiq seorang sahaja yang boleh menggantikannya memandangkan beliau sudah nekad untuk menyertai Pas

“Ambo (saya) ada anak empat orang iaitu tiga perempuan dan seorang sahaja lelaki. Hanya dia seorang sahaja anak lelaki dan dia juga anak bongsu.

“Dia seorang sahaja yang boleh ganti ambo. Saya kata duduk dan fikirlah sebab papa dah buat keputusan nekad untuk masuk Pas” katanya semasa Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini sebentar tadi.

Hadir sama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Annuar memaklumkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, Abdul Hadi ada memberi isyarat untuk mempertimbangkan beliau sebagai calon Pas.

Katanya, bagaimanapun beliau menyatakan tujuan utama menyertai Pas adalah untuk berjuang bukan untuk menjadi calon.

“Ambo kata kepada Takiyuddin, untuk kuota calon Ketereh adalah calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tetapi ambo nak jadi calon Pas sebab parti pilihan ambo adalah Pas.

“Saya sertai Pas adalah untuk berjuang dan bukannya seperti dahulu masa UMNO mahu jadi calon. Ambo dah tinggalkan perangai lama ketika dalam UMNO,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya