Angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan berlangsung esok - Utusan Malaysia

Angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan berlangsung esok

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Angkat sumpah pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada pukul 3 petang esok di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang bagaimanapun masih tidak memberitahu siapakah pemimpin yang akan dilantik untuk jawatan tersebut.

“Ini keputusan pucuk kepemimpinan parti iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kepada ahli, penyokong dan jentera parti tidak kira dari PH ataupun Barisan Nasional (BN), agar dapat bersabar dalam masa yang singkat kita akan cuba selesaikan dengan cara terbaik bagi memastikan bahawa kelangsungan Kerajaan Perpaduan dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Aminuddin dalam pada itu memberitahum beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, pagi tadi.

“Saya telah memaklumkan keputusan pilihan raya kepada baginda dan situasi yang berlaku. Sebagai masih memangku jawatan Menteri Besar ia perkara biasa untuk saya maklumkan.

“Beberapa perkara juga dimaklumkan kepada baginda bagi memastikana bahawa kerajaan ini dapat berjalan dengan baik. 

“Tuanku juga mahu disegerakan (pelantikan Menteri Besar) saya tidak serahkan nama (calon-calon Menteri Besar) ia keputusan pucuk pimpinan,” tambahnya.

Selepas tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, PH dan BN berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan apabila menang dengan majoriti dua pertiga daripada 36 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

PH menang sebanyak 17 buah kerusi DUN dan BN menang di 14 buah kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang sebanyak lima buah kerusi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN