Aminuddin selesai mengundi - Utusan Malaysia

Aminuddin selesai mengundi

AMINUDDIN Harun mengundi di Pusat Mengundi SMK Dato’ Haji Mohd. Redza, Sikamat, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd. Redza di sini pada pukul 8.50 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dan kemudian beratur dan menunggu giliran di Saluran 2 sambil beramah mesra dengan orang ramai dan pengundi lain.

AMINUDDIN Harun menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi di Pusat Mengundi SMK Dato’ Haji Mohd. Redza, Sikamat, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP

Terdahulu beliau mengiring isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof mengundi di Pusat Mengundi SMK Dato’ Sheikh Ahmad pada pukul 8 pagi.

Selepas selesai mengundi, Aminuddin akan membuat lawatan di beberapa buah pusat mengundi di Sikamat.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya