GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang dari Pas Mohd. Azizi Abu Naim mahu menyelesaikan isu berkait pemilikan ke atas tanah yang sudah diusahakan oleh rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Paloh sejak 20 tahun lalu.
Mohd. Azizi berkata, beliau akan bertemu dengan agensi kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan selain berusaha mempercepatkan proses permohonan hak yang sudah tertangguh sejak sekian lama.
“Pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini saya sempat bertemu orang kampung dan mereka mengadu tentang masalah itu.
“Insya-Allah saya akan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membawa suara mereka,” katanya kepada kepada pemberita di sini hari ini.
Pada PRN lalu Mohd Azizi yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Gua Musnag yang bertanding mewakili Pas berjaya menewaskan penyandang kerusi DUN Nenggeri Ab. Aziz Yusoff.
Mohd. Azizi menang dengan majoriti 810 undi selepas memperoleh 6,517 undi manakala Ab. Aziz (5,707).-UTUSAN