Afiq Amani keluar UMNO, berehat dari arena politik

Afiq Amani keluar UMNO, berehat dari arena politik

AFIQ Amani Annuar semasa pengisytiharan keluar dan melepaskan jawatan beramai-ramai dalam UMNO di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar yang membuat keputusan mengejut keluar daripada parti itu mahu berehat daripada arena politik tanah air.

Afiq Amani yang juga anak kepada Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat berpandukan kepada keadaan UMNO kini yang dilihat sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.

Menurutnya, perkara itu jelas dilihat selepas UMNO mengambil keputusan untuk bersama di dalam Kerajaan Perpaduan sehingga mengenepikan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti  MIC serta MCA. 

“Pertama, saya melihat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang mempertahankan kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Bagi saya, untuk berada di dalam kepimpinan dan memperjuangkan itu agar sukar, jadi saya memilih untuk meletakkan jawatan serta melepaskan keahlian dan berehat daripada arena politik,” katanya semasa pengisytiharan keluar dan melepaskan jawatan beramai-ramai dalam UMNO di Bukit Marak di sini hari ini.

 

ANNUAR Musa (kiri) mengumumkan Afiq Amani Annuar keluar UMNO dalam sidang akhbar di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Afiq Amani memberitahu, segala keputusan untuk keluar daripada parti itu adalah dari dirinya sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Katanya, dia cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri meskipun ada pihak yang mengaitkannya dengan ayahandanya, Annuar.

“Kalau betul saya mahu ikut Tan Sri, waktu dia masuk Pas tu saya dah keluar (UMNO), tapi sebaliknya.

“Walaupun saya tidak memilih untuk menyertai mana-mana parti politik selepas ini, namun saya akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ini,” ujarnya.

Afiq Amani berkata, keadaan UMNO ketika ini agak sukar untuk diubah meskipun ada beberapa pemimpin UMNO yang berani bersuara.

“Seperti Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, saya tabik kerana dia begitu berani, tetapi walaupun ada yang berani namun ia tetap susah untuk mengubah UMNO kerana adanya kekuatan pihak tertentu di dalam parti.

“Kekuatan mereka ini melebih parti dan saya sendiri tidak boleh berlaku adil kepada UMNO kerana UMNO sendiri tidak boleh berlaku adil,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN