ADUN Pengkalan Kubor selamat diijab kabul pada Selasa

ADUN Pengkalan Kubor selamat diijab kabul pada Selasa

TANGKAP layar ucapan tahniah Siti Zailah Mohd. Yusoff kepada Wan Roslan Wan Hamat yang selamat mendirikan rumah tangga pada Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat yang kematian isteri sejak setahun lalu kembali berkahwin dan selamat diijab kabul dengan pilihan hatinya, Nurfariza Mhd Hassan, 38, pada Selasa lalu.

Wan Roslan berkata, majlis tersebut telah berlangsung di salah sebuah hotel di sini sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Isteri saya orang Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu gambar perkahwinan Setiausaha Pas Kelantan itu tular selepas Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff membuat naik hantaran ucapan tahniah kepada ADUN itu di  Facebook malam tadi.

Utusan Online 17 Julai 2022 lalu melaporkan,  Wan Norihan Wan Ab. Rahman, 54, isteri kepada Exco kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamad, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN