881 pegawai, anggota polis Pahang bantu proses PRN di Terengganu - Utusan Malaysia

881 pegawai, anggota polis Pahang bantu proses PRN di Terengganu

YAHAYA Othman (kiri, depan) melepaskan anggota polis Pahang yang akan bertugas bagi membantu kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang menghantar seramai 881 anggota termasuk pegawai kanan bagi membantu kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, anggota terlibat membabitkan empat pegawai kanan dan 877 pegawai peringkat rendah ditugaskan selama lima hari bermula hari ini hingga Isnin.

“Pemilihan polis Kontinjen Pahang ke Kontinjen Terengganu mengambil kira negeri tersebut merupakan jiran yang paling hampir.

“Bantuan sumber manusia dari kontinjen Pahang akan ditugaskan di lima daerah di Terengganu iaitu Kemaman (empat pegawai kanan, 225 anggota), Dungun (214 anggota), Hulu Terengganu (239 anggota), Marang (197 anggota)dan Besut (dua anggota),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Pergerakan Bantuan Sumber Manusia PRN Ke-15 Kontinjen Pahang di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, semua anggota yang terpilih sudah bersiap sedia menerima arahan untuk berada di kawasan penugasan.

Jelas beliau, antara penugasan yang diberikan termasuk memastikan keselamatan di tempat mengundi, kelancaran lalu lintas dan keselamatan orang ramai sepanjang proses pengundian berlangsung.

“Anggota terlibat dinasihatkan agar menjaga nama baik kontinjen ini sepanjang penugasan dan celik kepada setiap proses dan prosedur perjalanan pilihan raya sepertimana yang telah diperuntukkan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, penugasan harian anggota polis di negeri ini masih berjalan seperti biasa kerana hanya sebahagian sahaja yang terpilih untuk bertugas di luar kawasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya