7,900 peket kopi tiruan disita

7,900 peket kopi tiruan disita

ANGGOTA KPDN Kelantan menunjukan kopi pracampuran yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan semalam-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 7,900 peket kopi pracampuran pelbagai jenama dipercayai tiruan di sita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bachok dan Pasir Puteh dekat sini semalam.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, susulan rampasan itu KDPN Kelantan menyerbu sebuah kilang pemprosesan di yang terletak di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, dalam serbuan itu KPDN Kelantan turut mesin pembungkusan produk minuman tersebut, set komputer dan sebuah kenderaan Toyota Hiace.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 103,938. Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati minuman kopi pracampuran pelbagai jenama terkenal disyaki pelanggaran dengan menggunakan cap dagangan berdaftar.

“Kejayaan ini hasil pemantauan dan risikan selama seminggu sebaik sahaja menerima laporan daripada wakil pemilik cap dagang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, kes disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019.

Katanya, jika sabit kesalahan pemilik premis perniagaan boleh didenda jika pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM 15,000 bagi setiap barang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya