Manifesto PH-BN Negeri Sembilan dimuktamadkan minggu ini - Utusan Malaysia

Manifesto PH-BN Negeri Sembilan dimuktamadkan minggu ini

AMINUDDIN Harun bertemu para peniaga di sekitar Sikamat bagi berkempen sempena PRN Ke-15 yang berlangsung ketika ini.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan memuktamadkan manifesto bersama bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 dalam minggu ini.

Pengerusi PH negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, manifesto yang akan dilancarkan itu akan menjadi tawaran terbaik untuk rakyat di negara ini.

“Manifesto itu kini dalam deraf akhir,  ia telah dikemukakan oleh PH dan BN, kami akan lihat kebersamaan yang boleh dibawa bersama. Sedia maklum ini kali pertama PH-BN bergabung dalam pilihan raya.

“Kalau ikutkan kedua-dua parti sudah siap, manifesto mesti dapat dilaksanakan. Manifesto dibuat bukan untuk menarik pengundi, selepas itu tidak dilaksanakan, paling penting ia dilaksanakan dan beri nilai tambah kepada penduduk,” katanya.

Aminuddin yang juga calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat sementara itu, menasihatkan semua calon yang bertanding supaya mendapatkan rehat secukupnya sepanjang tempoh berkempen berlangsung.

“Perlu melihat kesesuaian, berehat secukupnya sebelum berjumpa dengan pengundi, ini bukan waktu yang kena paksa diri kerana banyak risiko akan datang,” katanya lagi,

Aminuddin yang menjadi wakil rakyat di Sikamat sejak 2008 akan sekali lagi mempertahankan kerusi tersebut dan kali ini ditentang tiga calon lain iaitu Ahmad Raihan Muhamad Hilal dari Perikatan Nasional) serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya