6,000 Jalur Gemilang zahir rasa cinta kepada negara - Utusan Malaysia

6,000 Jalur Gemilang zahir rasa cinta kepada negara

M. KANDAPAN (tengah) bersama-sama ahli keluarganya mengibarkan Jalur Gemilang serta bendera kesemua negeri sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan, M. Kandapan menzahirkan rasa cintanya terhadap negara dengan menghiasi kediaman serta dua kenderaannya menggunakan 6,000 bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan, tahun ini.

Bapa kepada lima orang anak itu meneruskan minatnya yang telah dimulakan lebih 20 tahun lalu itu untuk diwariskan kepada ahli keluarganya yang lain bagi menunjukkan perasaan cinta dan patriotik kepada negara.

“Selain menghias rumah dan kenderaan, saya sekeluarga turut menempah 50 pakaian khas untuk dipakai ahli keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya yang ditemui di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Kandapan berkata, minatnya itu disambut secara positif dalam kalangan warga pendidik apabila dia turut menerima jemputan untuk memasuki sekolah bagi menanam rasa patriotik dalam kalangan pelajar.

“Saya banyak terima jemputan untuk ke sekolah-sekolah di sekitar bandar raya ini, tidak kurang 25 buah sekolah dalam tempoh setahun.

“Antara pengisian program adalah kibaran Jalur Gemilang, nyanyian lagu patriotik, kuiz tentang kemerdekaan dan sejarah negara serta pengagihan bendera.

Sementara itu, minat Kandapan turut dikongsi seorang rakannya, T.K Rajan Subramaniam yang juga mula menghias kenderaannya dengan Jalur Gemilang.

“Saya kenal Kandapan sudah lebih 20 tahun, memang dia sangat patriotik, malah dari dahulu lagi apabila tiba Hari Kebangsaan, dia akan ajak saya sama-sama tetapi saya menolak.

“Namun sejak tahun 2020, saya juga telah mengikut jejak langkahnya, iaitu untuk meluahkan perasaan sayang dan cinta kepada negara menerusi cara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya