2,760 hektar ladang buluh komersial dibangunkan di Sarawak 

2,760 hektar ladang buluh komersial dibangunkan di Sarawak 

Pertukaran MoU di antara Pengurus Pusaka, Zainal Abidin Abdullah (depan kiri) dan diwakili Pengarah Rich Venture Plantation Sdn Bhd, Hii Wei Wen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Seluas 2,760 hektar ladang buluh komersial dan 59 hektar ladang komuniti dibangunkan di Sarawak bagi menampung kelestarian bekalan sumber untuk industri buluh Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan usaha tersebut, Sarawak mampu menjadi hub pembangunan industri buluh yang terkemuka di Malaysia. 

“Menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), lebih kurang 10,000 hektar ladang buluh komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti dirancang untuk dibangunkan bagi menampung kelestarian bekalan sumber untuk industri buluh Sarawak.

“Kerajaan kita hendak pelbagaikan sumber kayu balak dan spesies yang lain terdapat di Sarawak ini, selain itu, kita berkehendakkan menggunakan peluang daripada sumber alam persekitaran yang ada di negeri ini kerana kita sudah ada ekosistemnya, cuma sekarang, kita hanya memerlukan pelan induk yang betul, selain mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tujuan itu,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penanaman Buluh Secara Komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Rich Venture Plantation Sdn. Bhd. di sini hari ini. 

Tambah Abang Johari, buluh yang ada di Sarawak mempunyai ciri-ciri yang dapat digunakan sebagai bahan mentah dalam sektor pembuatan atau mencipta produk hiliran.

“Justeru, kita sangat menggalakkan mereka yang berkenaan untuk terlibat dalam industri hiliran produk buluh ini kerana usaha ini juga sebagai salah satu usaha memelihara hutan kita,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan, Pusaka dan Venture Plantation Sdn Bhd menandatangani MOU selama dua tahun bagi mewujudkan ladang buluh secara komersial.

Objektif perjanjian tersebut bertujuan mewujudkan ladang dan pusat pemprosesan buluh secara komersial bagi menghasilkan produk nilai tambah tinggi seperti produk biomas, arang buluh dan produk pembungkusan makanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya