Writ kekosongan DUN Simpang Jeram sudah diserahkan kepada SPR - Utusan Malaysia

Writ kekosongan DUN Simpang Jeram sudah diserahkan kepada SPR

Mohd. Puad Zarkash
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri telah menyerahkan writ kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram susulan pemergian ke rahmahtullah penyandang kerusi itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub, malam tadi.

Menurut Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, writ itu diserahkan hari ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya bagi menentukan bila Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan.

“Kita telah menghantar writ kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram itu kepada pihak SPR hari ini.

“Soal bila PRK itu akan dilaksanakan sama ada selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, itu pihak SPR akan tentukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, negara digemparkan dengan berita kematian Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai pada pukul 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Jumaat lalu, beliau yang juga Timbalan Presiden Amanah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah sebelum disahkan telah mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. 

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai, Pontian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya