UTM terus cemerlang, 'ranking' pertama Graduan Tahap Kemahiran Tinggi - Utusan Malaysia

UTM terus cemerlang, ‘ranking’ pertama Graduan Tahap Kemahiran Tinggi

HUBUNGAN akrab dan lestari antara UTM dengan pihak industri merupakan antara salah satu faktor meningkatkan kebolehpasaran siswazahnya dalam pasaran pekerjaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar kecemerlangan dalam pendidikan tinggi tempatan apabila mencatatkan kedudukan pertama bagi kategori Graduan Tahap Kemahiran Tinggi, iaitu pada kadar 85.4 peratus. 

Naib Canselor UTM, Prof Ir. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, UTM juga kekal mengungguli tempat pertama dalam kalangan universiti awam bagi kategori Graduan Berpendapatan Premium (Ijazah Sarjana Muda) dalam Laporan Penuh Kadar Kebolehpasaran Graduan 2022 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 5 Julai lalu.

“Pencapaian ini sekali gus mengekalkan keunggulan UTM selaku universiti perintis bagi Graduan Berpendapatan Premium di Malaysia. Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan UTM sebagai universiti peneraju dalam memperkasa agenda TVET aras tinggi seperti yang digariskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Ia juga selaras dengan agenda pelan strategik enVision UTM 2025 yang memberi fokus terhadap kemenjadian graduan berorientasikan masa depan dan berkemahiran tinggi menerusi program akademik berkualiti, relevan dan berimpak tinggi”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Fauzi Ismail

Ahmad Fauzi berkata, UTM terus mengekalkan kecemerlangan dalam aspek kebolehpasaran graduan (GE) secara keseluruhan, iaitu pada kadar 99 peratus, sekali gus menjadikan universiti itu berada dalam kedudukan tiga teratas di peringkat nasional.

“Pencapaian ini turut dibuktikan menerusi 80.3 peratus daripada graduan yang dilahirkan telah berjaya menempatkan diri dalam industri dan antara faktor terhadap peratusan ini adalah hubungan strategik UTM dengan pihak industri dan agensi yang akrab dan lestari.

Ahmad Fauzi memberitahu, pencapaian UTM tahun lalu menunjukkan universiti itu berada pada landasan tepat dalam menjayakan visi dan misinya untuk kekal sebagai universiti ulung kejuruteraan negara.

“Pengukuran GE sebagaimana digariskan KPT meliputi graduan yang bekerja, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya