Ustazah dakwa PU Azman lakukan seks oral pada mangsa - Utusan Malaysia

Ustazah dakwa PU Azman lakukan seks oral pada mangsa

PU Azman hadir pada prosiding hari ketiga kes perbicaraan kes amang seksual di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas guru dan ustazah kepada salah seorang mangsa kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman memberitahu mahkamah tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa sehingga mengeluarkan air mani.

Wanita berusia 46 tahun yang merupakan saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga berkata perkara demikian di hadapan Hakim, Datin Surita Budian di Mahkamah Sesyen Seremban hari selepas diceritakan sendiri oleh mangsa yang merupakan bekas muridnya berusia 18 tahun 

“Seingat saya apa yang mangsa cerita pada saya, PU Azman yang meminta menghisap kemaluan mangsa sehingga mangsa mengeluarkan air maninya. 

“Selain itu mangsa juga berkata yang dia diminta untuk bercium dengan PU Azman,” katanya.

Jelas wanita itu, dia lebih mempercayai apa yang diberitahu mangsa berbanding PU Azman kerana anaknya turut menjadi manga perlakuan seksual itu ketika mereka berada di tingkatan lima iaitu tahun lalu

“Mangsa tidak pandai berbohong dengan gurunya dan yakin apa yang diceritakannya adalah betul. 

“Sebab itu, saya rasa bertanggungjawab untuk mengambil berat kes berkenaan selain dia yang memperkenalkan mangsa dengan tertuduh,” katanya.

Dalam pada itu, saksi ketujuh itu juga mendedahkan anaknya menjadi mangsa tertuduh ketika penceramah terbabit datang ke rumahnya di Klang, Selangor.

“Ketika kejadian saya ada di rumah anak saudara kemudian anak beritahu tentang kejadian seksual berlaku (dengan PU Azman) dan mendesak saya balik. 

“Pada mulanya, saya tidak percaya apa dikatakan oleh anak saya dan meminta dia bertenang dan mendiamkan diri,” katanya. 

Bagaimanapun kata saksi itu, berbanding PU Azman atau Azman Syah Alias, 42, dia lebih mempercayai anaknya dan disebabkan itu membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah dan cuba mengumpulkan bukti dan terkejut apabila mengetahui anak muridnya turut menjadi mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir. 

Seramai 26 orang saksi dijangka akan dipanggil sepanjang kes perbicaraan tersebut yang bermula pada 24 Julai lalu.

Pada 12 Oktober 2022 , PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau. 

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu. 

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya