UMNO Negeri Sembilan harap tanding lebih 16 kerusi dalam PRN - Utusan Malaysia

UMNO Negeri Sembilan harap tanding lebih 16 kerusi dalam PRN

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan berharap parti itu diberi kepercayaan bertanding lebih daripada 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau dan rakan kepimpinan UMNO di negeri ini percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permintaan UMNO menambah bilangan kerusi yang akan ditandinginya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, hasrat UMNO adalah untuk mempertahankan 16 kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dan memohon menambah dua kerusi lagi dalam PRN kali ini. 

“Saya jangka kerusi UMNO akan bertambah cuma jumlah itu hanya akan diumumkan oleh Majlis Presiden kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat,” katanya kepada para pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di sini.

Untuk rekod, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Barisan Nasional (BN) menang 16 kerusi DUN manakala Pakatan Harapan (PH) meraih 20 kerusi.

Jalaluddin dalam pada itu berkata, telah menghantar nama semua calon BN yang dicadang bertanding dalam PRN kali ini.

Jelasnya, semua calon berkenaan telah disaring dan ditapis sebelum dihantar kepada Pengerusi BN untuk dipilih secara muktamad.

“Calon kali ini dipilih berdasarkan kewibawaan, sedia berkhidmat untuk rakyat dan yang penting menjiwai hati nurani dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing.

“Sebab itu saya teliti sebelum saya senaraikan calon-calon ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan, tidak ada pertukaran kerusi akan dibuat antara BN dan PH di negeri ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya