Tun M yakin ekonomi suram diatasi jika Tengku Zafrul ‘over excited’

Tun M yakin ekonomi suram diatasi jika Tengku Zafrul ‘over excited’

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat agak lebih teruja terhadap laporan media yang tidak tepat kononnya mengatakan  Tun Dr. Mahathir Mohamad bertemu pelabur yang mahu melabur di Langkawi, Kedah sehingga RM500 billion.

Dr. Mahathir menjelaskan, beliau yakin keadaan ekonomi negara yang kelam dan muram ini dapat diatasi jika Tengku Zafrul mempunyai sifat ‘over-excited’ itu dalam dirinya.

“Kalau setakat buat pengumuman ada pelbagai cadangan dan tandatangan puluhan MOU berkait pelaburan tanpa keputusan yang muktamad tidak akan membangun ekonomi negara.

“Saya ingin meminta Tengku Zafrul perincikan pelaburan yang masuk dan dimuktamadkan di Malaysia sejak dia jadi menteri di bawah pentadbiran ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul mencabar Dr. Mahathir mendedahkan butiran pelabur yang didakwanya mahu melabur sehingga RM500 bilion di Langkawi.

Sebaliknya kenyataan Dr. Mahathir itu adalah tidak tepat setelah sebuah media terlapor dan penjelasan sebenarnya adalah RM500 juta, bukannya RM500 bilion.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir secara sinis berkata, Tengku Zafrul walaupun kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 atas tiket UMNO, namun, beliau masih dilantik sebagai menteri.

“Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini kecam Tengku Zafrul, lantik dia jadi menteri sekali lagi. Kalau ikut Datuk Seri Anwar, Tengku Zafrul ini memang tak layak jadi Menteri.

“Tapi dia tetap jadi Menteri. Mungkin ada something special yang kita tak  nampak lagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya