Tuanku Muhriz hadir sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz hadir sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan hadir pada Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Masjid Negeri, Seremban malam tadi. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 1445 Hijrah di Masjid Negeri di sini malam tadi. 

Baginda diiringi bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz. 

Tuanku Muhirz kemudian bersama hadirin kemudian membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena Maal Hijrah yang dipimpin oleh Penolong Mufti Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Ustaz Syaiful Nizam Mohd. Jan 

Seterusnya baginda menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Dr. Mohd. Yusry Mazlan dan solat Isyak oleh Imam 1 Masjid Negeri, Ustaz Ahmad Rijal Ghazali bersama jemaah lain.

Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya berkata, perselisihan dan perbezaan seharusnya tidak menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Sebagai Muslim, akidah kita satu. Walaupun kita berpegang dengan mazhab Syafei, namun mereka yang bermazhab Maliki, Hanafi atau Hambali tetap merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

“Semua rakyat harus bertanggungjawab mengekalkan perpaduan dan saling hormat menghormati tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik untuk memastikan keharmonian umat dan agama kekal utuh. 

“Ini semua boleh dicapai jika semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama. Kerana itu, elakkan budaya fitnah memfitnah dan budaya melampau dan jauhi daripada memainkan isu 3 R (Race, Religion & Royal) yang akan menyebabkan ketenteraman masyarakat tergugat,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya