Tiga sekawan naik sebuah motosikal maut digilis empat kereta - Utusan Malaysia

Tiga sekawan naik sebuah motosikal maut digilis empat kereta

TIGA sekawan maut digilis empat kenderaan dalam kemalangan berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Tiga sekawan maut apabila sebuah motosikal dinaiki mereka terbabas lalu  digilis oleh beberapa kenderaan  di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.55 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ketika tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang tidak memakai topi keledar dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Skudai.

Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu digilis empat buah kenderaan yang tidak sempat mengelak.

“Identiti kesemua mangsa yang dianggar berusia dalam lingkungan 30-an belum dapat mengesahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Balveer Singh berkata, pemandu empat buah kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ditanya sama ada mangsa berada dalam keadaan mabuk ketika menunggang motosikal, beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke HSA untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh beberapa kilometer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya