Tiga penjuru di DUN Kota Siputeh, Ketua Bersatu Jerlun jadi calon Bebas

Tiga penjuru di DUN Kota Siputeh, Ketua Bersatu Jerlun jadi calon Bebas

MOHD. Ashraf Mustaqim Badrul Munir mengangkat tangan ketika diumumkan sebagai calon PN di DUN Kota Siputeh dalam proses penamaan calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN: Pilihan raya negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh mencuri tumpuan dengan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jerlun Abdul Ramli, tampil menjadi calon Bebas.

Abdul Ramli bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (PN), dan penyandang, Dr Salmee Said dari Pakatan Harapan (PH).

Semua calon berkenaan mengemukakan borang pencalonan di Dewan Bitara Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang pencalonan Mohd Ashraf pada pukul 9.05 pagi, manakala Abdul Ramli pada pukul 9.22 pagi dan Salmee pula, pukul 9.38 pagi.

Proses penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 10 pagi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi DUN Kota Siputeh dimenangi oleh Salmee yang meraih majoriti undian sebanyak 1,467 menerusi pertembungan tiga penjuru menentang Mohd Rejab Md Akhir (Pas) dan Ahmad Azhar Abdullah (BN).

Sebelum ini, kerusi DUN Kota Siputeh panas apabila sebahagian ahli Bersatu dan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di situ mengadakan bantahan terhadap calon dipertaruhkan PN di kawasan berkenaan.

Protes itu dilakukan susulan daripada penolakan terhadap calon diketengahkan PN untuk bertanding di kawasan itu yang didakwa bukanlah benar-benar anak tempatan.

Sementara itu, kerusi DUN Ayer Hitam pula bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara penyandang kerusi berkenaan, Azhar Ibrahim (PN) dan Hayazi Azizan (BN).

Pada PRU14, DUN Ayer Hitam dimenangi oleh Azhar yang berjaya meraih undian majoriti sebanyak 537 menerusi pertembungan tiga penjuru menentang Datuk Aziz Mahamod (PKR) dan Datuk Abu Hasan Sarif (BN).

Proses pengundian awal akan berlangsung pada 8 Ogos manakala tarikh pembuangan undi pula akan berlangsung pada 12 Ogos depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya