Tiga maut kemalangan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan tiga kenderaan

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Tiga termasuk dua penumpang dan seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di sini hari ini.

Mangsa yang maut pemandu dan penumpang kereta jenis Toyota Vios iaitu Ayub Zakaria, 66, dan Podziah Daharun, 65, manakala seorang lagi yang maut adalah penumpang kereta jenis Perodua MyVi, Muhammad Azrin Ahmad Nazri, 19.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, semasa kejadian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu MPV dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua MyVi sebelum Perodua MyVi terbabit dilanggar pada bahagian sebelah kanan oleh kereta jenis Toyota Vios yang datang dari arah Segamat.

“Akibat kejadian itu, pemandu Toyota Vios dan seorang penumpangnya serta seorang penumpang Perodua MyVi meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

AYUB Zakaria (kiri), Podziah Daharun DAN Muhammad Azrin Ahmad Nazri (kanan) maut dalam kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang.

Menurut Mohd. Zaidi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku apabila pemandu MPV gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya