Tidak sempat bekerja, sembilan PATI dicekup

Tidak sempat bekerja, sembilan PATI dicekup

SEBAHAGIAN daripada PATI yang di tahan semasa menunggu bas di stesen Bandar Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan semalam.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Impian sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini untuk bekerja dan mencari rezeki di Kuala Lumpur tidak kesampaian selepas dicekup di Bandar Tasek Raja di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 4.30 pagi itu, kesemua PATI berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan semasa menunggu bas untuk ke ibu negara.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamad berkata, kesemua PATI itu terdiri daripada lapan warganegara Myanmar termasuk seorang wanita dan seorang lagi lelaki Bangladesh.

“Pemeriksaan mendapati, mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di negara ini.

“Mereka turut mengaku masuk ke Malaysia dengan menaiki sampan melalui Sungai Golok untuk mencari pekerjaan di ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kama Azural memberitahu, selain itu, seorang bayi perempuan berusia dalam lingkungan dua tahun turut ditangkap bersama kesemua suspek.

Katanya, kesemua PATI termasuk bayi itu direman selama 14 hari bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 51 (3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu peruntukan untuk menahan warganegara asing yang ditangkap untuk siasatan lanjut.

“Saya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kemasukan PATI atau sebarang aktiviti mencurigakan dengan menguhubungi balai polis berhampiran untuk tindakan pencegahan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya