PETALING JAYA: The Knights Award menyatakan sokongannya kepada kempen Light It Up Gold iaitu sebuah program bagi meningkat kesedaran terhadap penyakit kanser dihadapi oleh kanak-kanak.
Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong berkata, mereka akan menggunakan kuasa platform mereka untuk memberi kesedaran mengenai kanser dihadapi kanak-kanak dan memberi sokongan dengan skala global.
Menurut beliau, mereka akan bekerjasama dengan Malaysia Global United Pageant dalam usaha meningkatkan kesedaran tersebut.
“Kami berbangga untuk menyokong Kempen Light It Up Gold dan menyumbang ke arah meningkatkan kesedaran tentang kanser kanak-kanak.
“Melalui usaha kolektif kami dan penglibatan penerima yang dihormati, kami berusaha untuk membuat perubahan dalam kehidupan pahlawan cilik ini, menawarkan harapan, keberanian, dan sokongan yang mereka perlukan untuk mengatasi cabaran yang mereka hadapi,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, pengasas kepada kempen Light It Up Gold, Traccie Chan berkata, matlamat kempen tersebut adalah untuk mempromosikan kesedaran kanser kanak-kanak dan kempen reben emas dengan melakukan kerjasama dengan hospital dan pelbagai organisasi lain.
“Sehingga kini kempen Light It Up Gold telah berjaya mengumpul lebih daripada RM 300,000 kepada pelbagai organisasi dan individu yang memerlukan dan telah memenuhi dan memanfaatkan lebih daripada 300 pahlawan kecil,” katanya.-UTUSAN