Tempoh kempen PRN munasabah - Aminuddin - Utusan Malaysia

Tempoh kempen PRN munasabah – Aminuddin

AMINUDDIN HARUN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tempoh selama 14 hari untuk kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang ditetapkan pada 12 Ogos nanti dilihat munasabah dan mencukupi untuk setiap calon mendekati pengundi mereka.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata lagi, penetapan hari pengundian pada hari cuti juga dilihat membantu dan memudahkan lebih ramai pengundi untuk keluar menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kita sedia maklum 12 Ogos itu hari Sabtu, saya yakin ia beri ruang dan peluang untuk orang ramai balik mengundi. Ia tarikh yang sesuai, jika ada yang bekerja pada hari Sabtu biasanya setengah hari, tetap beri peluang kepada mereka untuk jalankan hak sebagai pengundi.

“14 hari iaitu lebih kurang dua minggu tempoh (berkempen), munasabah, beri ruang semua parti dan calon untuk berkempen. PRN ini kawasan agak kecil berbanding pilihan raya umum, saya yakin (calon) akan dapat lakukan dengan baik dan berpeluang serta ada masa mendekati masyarakat,” katanya hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh pengundian bagi PRN serentak di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya