Tanam sifat sayang sempena sambutan Maal Hijrah-MB Kelantan

Tanam sifat sayang sempena sambutan Maal Hijrah-MB Kelantan

AHMAD Yakob ketika semasa menyampaikan perutusan sempena Sambutan Hijratul Rasul SAW 1445 Hijrah di Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan di sini sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyeru seluruh rakyat di negeri ini menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai medan untuk menanam sifat sayang, silaturahim dan semangat bantu-membantu sesama insan.

Ahmad berkata, pada masa sama rakyat dituntut memainkan peranan masing-masing agar perpaduan dan keharmonian negeri dan negara dipertahankan berpandukan dasar Islam.

“Semoga Allah SWT sentiasa melimpahi kebaikan, keberkatan dan kesejahteraan kepada negeri Kelantan dibawah kepimpinan Membangun Bersama Islam,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratul Rasul SAW 1445 Hijrah di Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian, di sini sebentar tadi.

Ahmad memberitahu, selama 33 tahun Kelantan diperintah bawah Dasar Membangun Bersama Islam ia terbukti menjadi teras kepada perpaduan ummah, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, selain itu rakyat di negeri ini berjaya menangkis pandangan pihak yang cuba memberikan gambaran buruk kepada keharmonian di Kelantan.

“Hakikatnya masyarakat pelbagai kaum, Cina, India, Siam dan lain-lain hidup penuh harmoni dan sejahtera,” ujarnya.

Dalam perkembangan Ahmad berkata, peristiwa hijrah telah mengangkat syiar Islam dalam memayungi tamadun Islam dengan bimbingan wahyu Illahi.

Katanya, umat Islam perlu mengimbau semula detik kemenangan itu sebagai suatu ibrah dan pencetus kepada semangat untuk terus memartabatkan dasar Islam dalam apa juga aspek kehidupan termasu negara, masyarakat serta berkeluarga.

“Di tahap pertama perjuangan baginda di Kota Mekah baginda terlebih dahulu membina kekuatan akidah dan takwa. Kekuatan tersebut terbina dalam watak-watak utama para sahabat yang bekorban jiwa dan raga, harta serta kaum keluarga.

“Mereka adalah generasi khairun ummah yakni generasi model tauladan dan generasi rabbani yang perlu menjadi contoh sepanjang zaman,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya