Syukur urusan ayah dipermudahkan -anak Mat London

Syukur urusan ayah dipermudahkan -anak Mat London

Salmany Akhir Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak Allahyarham Mat London, Salmany Akhir Ahmad, 42, bersyukur kerana pengurusan jenazah bapanya dipermudahkan termasuk mendapat bantuan daripada kawan-kawan arwah.

Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, pada mulanya dia sudah merancang untuk mengebumikan jenazah arwah di Taman Selasih, Gombak berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, dia akur dengan kehendak rakan-rakan ayahnya yang mahu jenazah dikebumikan di Taman Melawati.

“Sebenarnya dalam jangka masa sebulan dia sakit, saya sudah rancang siapa hendak buat itu dan ini. Abang dari Kedah pun sudah balik sini.

“Alhamdulillah, semuanya sudah disediakan dan diuruskan oleh pihak masjid di sini,” katanya.

Salmany berkata, dia begitu terkesan dengan pemergian arwah sejurus selepas azan Subuh berkumandang, awal pagi tadi.

Katanya, ketika itu, abang sulung yang berada di sisi ayah membuat panggilan video dengan menunjukkan mesin pernafasan dan memaklumkan ayah sudah tiada.

Salmany adalah anak menerusi perkahwinan pertama arwah dengan isteri, Saodah Abdul Wahab.

Perkahwinan kedua arwah pula dengan pelakon, Fadilah Mansor sebelum mereka bercerai pada 2012 dan dikurniakan dua anak.

Mat London meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk jangkitan kuman di paru-paru di Hospital Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Jenazah dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Hulu Klang, petang tadi.

Terdahulu, jenazah diuruskan di Masjid Al-Mardhiyah di sini dan turut diziarahi oleh rakan-rakan industri seni seperti Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Den Wahab, Bell Ngasri, Delimawati, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya