Susu formula kanak-kanak harga Rahmah bakal diperkenalkan

Susu formula kanak-kanak harga Rahmah bakal diperkenalkan

FUZIAH Salleh (kiri) beramah mesra dengan orang ramai yang berkunjung ke Karnival Jualan Rahmah di Laman Warisan, Kampung Laut, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Susu formula kanak-kanak pada harga Rahmah akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, susu tepung itu akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas kerajaan menerima harga daripada pihak pengeluar.

“Kita sudah melaksanakan sesi libat urus bersama pengeluar, setakat ini maklum balas yang diberikan oleh mereka amat positif.

“Ketika ini kita sedang menunggu harga  yang ditawarkan oleh pihak pengeluar susu tepung berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Rahmah di Kampung Laut di sini hari ini.

 

 

FUZIAH Salleh menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Karnival Jualan Rahmah di Laman Warisan, Kampung Laut, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan KPDN akan mengadakan sesi libat urus bersama pengeluar susu formula kanak-kanak dalam masa terdekat bagi menangani isu kenaikan harga barangan tersebut di pasaran.

Sesi libat urus tersebut bertujuan mengadakan rundingan mengenai ‘harga Rahmah’ barangan tersebut bagi meringankan beban golongan terkesan.

Dalam perkembangan lain, Fuziah memberitahu, sebanyak RM30 juta daripada RM100 juta yang diperuntukan untuk program jualan Rahmah bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan  pada harga murah telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, jumlah itu melibatkan perbelanjaan bermula pertengahan April sehingga 30 Jun.

“Alhamdulillah, sehingga kini seramai 1.1 juta orang telah mengunjungi jualan Rahmah di seluruh negara sejak diperkenalkan kerajaan pada April lalu.

“Program jualan Rahmah yang menawarkan diskaun harga barangan makanan dan keperluan asas bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah menikmati kemudahan ini,” ujarnya.

Fuziah berkata, ini merupakan salah satu usaha kerajaan memastikan subsidi secara bersasar dapat dinikmati oleh rakyat.

Katanya, KPDN menggunakan keadah ‘kedai mencari rakyat’,-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya