Suri rumah didenda RM3,000, beri pinjaman tanpa lesen - Utusan Malaysia

Suri rumah didenda RM3,000, beri pinjaman tanpa lesen

S. RAJASWARI (tiga dari kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Tampin bagi berdepan pertuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan bunga sekitar 10 hingga 15 peratus awal tahun ini.-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang suri rumah didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin di sini selepas mengaku bersalah memberikan pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan faedah (bunga) sekitar 10 hingga 15 peratus awal tahun ini.

Tertuduh, S. Rajaswari, 56, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret kemudiannya turut menetapkan 10 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut fakta kes, pada 13 Januari lalu, kira-kira pukul 12.01 pagi di Taman Gunung Mas di sini, tertuduh didapati telah membantu memberi pinjaman wang tanpa lesen dan menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen yang sah.

Oleh demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada tarikh dan lokasi yang sama bertempat di sebuah rumah di daerah ini, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menahan seorang wanita yang dipercayai telah terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen yg sah di sekitar daerah ini.

Dalam serbuan tersebut pihak polis telah merampas beberapa dokumen yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut. 

Hasil siasatan mendapati suspek telah menjalankan kegiatan tersebut dari tahun lalu dan memberi pinjaman dengan mengenakan faedah sekitar 10 hingga 15 peratus serta peminjam dalam kalangan rakan-rakannya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya