Sumber air tandak dua kampung di Pos Brooke terjejas

Sumber air tandak dua kampung di Pos Brooke terjejas

RAMLI Ajom (tengah) bersama penduduk Orang Asli menunjukkan laporan polis yang dibuat penduduk Orang Asli selepas mendakwa punca air tandak mereka berdepan dengan kemusnahan akibat aktiviti perladangan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli dari suku kaum Temiar di Kampung Mendrod dan Kampung Jelgek B di Pos Brooke di sini mendakwa aktiviti perladangan berhampiran penempatan mereka menjejaskan kawasan tadahan air bukit yang merupakan sumber minuman utama.

Seorang penduduk Kampung Mendrod, Rama Ajom, 44, mendakwa, penerokaan tanah untuk pembukaan ladang itu dikesan sejak Januari lalu.

Menurutnya, sebelum itu penduduk berunding dan membuat perbincangan dengan beberapa pihak termasuklah pekebun berkenaan supaya tidak melakukan aktiviti perladangan di kawasan yang bersempadan kampung masyarakat Orang Asli.

“Susulan itu, kami sepakat membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini semalam selepas tidak berpuas hati apabila mendapati berlaku pencerobohan di kawasan tadahan air Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi penduduk di Kampung Jelgek B pula berkata, Ramli Ajom, 34, memberitahu, selain sumber air, penduduk berharap kawasan tanah kubur adat serta kebun yang diusahakan mereka tidak dimusnahkan.

Katanya, mereka sedih kerana penempatan mereka yang wujud lebih 60 tahun lalu itu semakin terancam dengan aktiviti penerokaan tanah.

“Kami mewakili penduduk di dua kampung berharap pihak berwajib seperti Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Alam Sekitar dan Jakoa untuk bantu Orang Asli di kawasan terlibat.

“Kita berharap jangan merosakkan sumber air Orang Asli apabila hendak buka kebun sayur. Teliti dahulu di mana kawasan sumber air kami sebelum membuat kerja perladangan,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, masalah yang dihadapi penduduk Orang Asli itu bukan perkara baharu apabila sering dihadapi Orang Asli di sekitar kawasan Tanah Tinggi Lojing ketika aktiviti pembukaan tanah dijalankan.

Katanya, Orang Asli mengetahui projek pembangunan untuk tanaman sayur sangat penting untuk pendapatan negara dan juga keperluan rakyat, namun mereka kesal kerana tiada pengawalan berkaitan dengan projek tersebut.

“Penduduk Orang Asli tiada bekalan air bersih dan hanya bergantung dengan sumber air tandak sekarang kerana sungai sudah tercemar. Jika projek ini berjalan akan memberi kesan kepada kehidupan di beberapa kampung di sekitar, ” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Jakoa mengambil maklum berkenaan laporan yang dibuat penduduk berkenaan.

Katanya, dalam masa terdekat pihak Jakoa akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah di kawasan Orang Asli yang terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya