Sultan Kelantan kurnia tiga ekor lembu seberat 300kg untuk korban

Sultan Kelantan kurnia tiga ekor lembu seberat 300kg untuk korban

TENGKU Muhammad Fa-iz Petra (empat dari kanan) menyaksikan Majlis Ibadat Qurban Jama’ie di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengurniakan tiga ekor lembu masing-masing seberat 300 kilogram (kg) sempena Majlis Ibadat Qurban Jama’ie anjuran Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji di sini hari ini.

Tiga ekor lembu itu termasuk 51 ekor lembu disembelih yang disembelih pada majlis tersebut.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz turut berkenan mencemar duli menyaksikan upacara tersebut bersama lembu bonda bagindi yang juga Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sementara itu Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Muhammad Rizam Tengku Aziz berkata, sebanyak 2,500 golongan asnaf akan menerima agihan daging korban tersebut.

Katanta, setiap asnaf menerima sebanyak 2kg daging termasuk tulang yang akan disampaikan melalui pihak masjid.

“Korban ini merupakan program tahunan Maik sebagai perkongsian dengan golongan tersebut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya