Sultan Johor terima menghadap Presiden Filipina, sahabat lama - Utusan Malaysia

Sultan Johor terima menghadap Presiden Filipina, sahabat lama

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR (dua dari kanan) dan Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Ferdinand Marcos Jr dan isteri di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima menghadap Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Ferdinand Marcos Jr yang ditemani isterinya, Louise Araneta-Marcos tiba di Istana Bukit Serene kira-kira pukul 5 petang.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Johor dan Ferdinand Marcos Jr merupakan sahabat lama semasa menjalani latihan ketenteraan di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat. 

Presiden Ferdinand Marcos Jr dan isteri bersama tetamu-tetamu kehormat kemudian diraikan dalam satu majlis santapan minum petang.

Beliau dilantik sebagai Presiden Filipina Ke-17 pada Jun tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya