Suami isteri ditahan siasat salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan siasat salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa mendapatkan perolehan kerja mencecah ratusan ribu ringgit sejak empat tahun lalu.

Suspek yang juga penjawat awam negeri disyaki mengesyorkan syarikat ibubapanya yang diurus oleh isterinya bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu.

Penahanan suspek berusia lewat 30-an itu dibuat pada pukul 6 petang tadi selepas isterinya, 40-an, terlebih dahulu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM negeri pada pukul 3.30 petang.

Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) turut merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan itu dianggarkan lebih RM100,000 dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.

Kedua-dua suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd. Yazid, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Menurut beliau, SPRM tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek juga terlibat dengan  perolehan kerja-kerja lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya