SPRM perlu bebas, jangan hilang keyakinan rakyat - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

SPRM perlu bebas, jangan hilang keyakinan rakyat – Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dilihat bertindak secara bebas bagi mengelakkan pertikaian dan hilang kepercayaan rakyat terhadap agensi itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan perkara itu sebagai respon kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung tiadanya unsur rasuah dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu pada Jumaat lepas.

“Saya bukan mahu pertikai kenyataan itu, SPRM bagi kami kena ada satu mungkin panduan, satu yang mana boleh mana tidak boleh, apabila pembangkan sediakan bas tidak boleh, sedangkan ini direct bagi duit. 

“Jadi saya rasa (SPRM) biar bebas dan jangan hilang keyakinan rakyat kepada institusi kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kampung Paroi di sini malam tadi.

Semalam Pemuda Pas Terengganu membuat laporan kepada SPRM terhadap Ahmad Zahid berhubung ucapan Timbalan Perdana Menteri di sebuah program di Dungun pada Jumaat lalu yang didakwa berunsur sogokan.

Ahmad Zahid selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebelum ini dilaporkan bersetuju menyediakan geran tambahan RM100,000 kepada persatuan belia bagi pembangunan aktiviti di Terengganu.

Perkara itu diumumkan ketika Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun, Jumaat lalu.

Turut diumumkan dalam majlis sama adalah dana sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu.

Bagaimanapun Azam menegaskan pemberian geran itu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah dan menjelaskan ia merupakan satu inisiatif daripada kerajaan. 

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan di buat atas kerelaan bekas Ahli Parlimen Bachok itu sendiri.

“Beliau sendiri beritahu tidak mahu bertanding, mahu tumpu sekolah ayahnya. Secara peribadi saya sendiri ada jumpa, ziarah dan beliau masih kekal,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya