SPA isi 15,000 jawatan tetap setiap tahun - Utusan Malaysia

SPA isi 15,000 jawatan tetap setiap tahun

ZAINAL RAHIM SEMAN menandatangani plak pada Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) perlu diisi secara purata, setiap tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, jawatan secara kontrak yang perlu diisi secara tahunan pula mencecah 40,000 jawatan.

Walau bagaimanapun, katanya, jumlah kekosongan jawatan tetap dan kontrak itu bergantung terhadap keperluan setiap kementerian, jabatan dan agensi.

“Dianggarkan kira-kira 25,000 hingga 30,000 kakitangan awam akan melalui tempoh persaraan setiap tahun dan kita isi kekosongan mengikut keperluan tertentu.

“Bagi jawatan baharu, ia bergantung portfolio kementerian masing-masing. Contohnya, ada kementerian yang perlu jawatan baharu, terdapat isu lantikan seperti doktor kontrak ke jawatan tetap, ini semua bergantung kementerian yang buat perancangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Johor di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini hari ini.

Zainal Rahim menjelaskan, SPA tidak boleh mengisi semua kekosongan jawatan kerana melibatkan keperluan kewangan. 

“Namun, kebijaksanaan merancang dengan kadar tertentu supaya fungsi dan peranan kementerian dapat dilaksanakan dengan baik, setiap kementerian merancang kekosongan, serah maklumat kepada SPA kemudian ia akan dibincangkan,” katanya.

Sementara itu, Zainal Rahim memberitahu, Pusat Temu Duga SPA Johor menerima kunjungan paling ramai calon setiap tahun.

“Berdasarkan statistik SPA tahun 2020 hingga Jun 2023, seramai 472,947 permohonan diterima dalam kalangan anak muda Johor. Daripada jumlah tersebut, seramai 32,478 telah dijemput menghadiri temu duga. 

“Dalam pada itu, seramai 22,638 telah menghadiri temu duga dan seramai 4,374 orang telah dilantik tetap dan 2,639 dilantik secara kontrak,” katanya sambil memberitahu Pusat Temu Duga SPA Johor Bahru merupakan yang keenam ditempatkan di Bangunan UTC selain di Ipoh, Georgetown,  Kangar, Miri dan Kuching. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN