Siasatan kes kesalahan berkait PRN selesai dalam tempoh tujuh hari-PDRM

Siasatan kes kesalahan berkait PRN selesai dalam tempoh tujuh hari-PDRM

RAZARUDIN Husain (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Muhamad Zaki Harun selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMRULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kes berkait dengan kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri akan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Ketua Polis negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebaik sahaja selesai pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan berkait kesalahan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya di negeri dan daerah masing-masing untuk proses berikutnya.

“Nasihat saya kepada pihak yang terlibat jangan cuba-cuba melakukan kesalahan kerana pendakwaan akan dilakukan secepat mungkin.

“Selepas proses penamaan calon selesai, kita akan mula mengenal pasti sekiranya berlaku kesalahan pilihan raya dan siasatan akan terus dijalankan,” kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat PRN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Razarudin memberitahu, bagi melancarkan penugasan sepanjang PRN, PDRM akan melakukan rondaan Op Cantas yang dijalankan oleh pasukan khas.

Katanya, PDRM akan memanggil calon dan wakil calon  selepas proses penamaan selesai bagi menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh berkempen.

“PDRM akan mengenal pasti pihak yang terlibat dengan pemasangan bendera bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

“Jadi, kita berharap tidak berlaku kejadian seperti bakar atau merosakkan bendera serta perkara-perkara yang boleh mencetus perbalahan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya