Shahidan kerah laskar peribadi ke setiap negeri PRN

Shahidan kerah laskar peribadi ke setiap negeri PRN

SHAHIDAN Kassim ketika berceramah pada program CeramahMega Ppakat Pertahan: Pas Pilihanku di Dataran Kijang, Kedai Buluh, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sedia mengerahkan laskar peribadinya di semua enam negeri bagi membantu kerja-kerja kempen Perikatan Nasional (PN).

Shahidan berkata, tindakan itu merupakan salah satu usaha membantu kemenangan PN pada PRN.

“Saya sudah tetapkan orang-orang untuk bantu gerak kerja PN. Kelantan dah ada orang… Terengganu dah ada orang… Kedah pula tentu-tentulah sebab ia negeri berjiran dengan kami. Laskar-laskar ini juga akan membantu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 

“Ini adalah bantuan secara peribadi dan belum lagi melibatkan jentera parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Pentas Alternatif Rakyat sempena Ceramah Mega Ppakat Pertahan: Pas Pilihanku di Dataran Kijang, Kedai Buluh, di sini semalam.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu memberitahu, kumpulan laskar yang mencecah 1,000 orang sudah berpengalaman luas bertugas di hampir 60 Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.

Katanya, kumpulan tersebut yang merupakan ahli-ahli UMNO yang nekad memberikan sokongan mereka kepada PN pada PRN nanti.

“Sesetengah pihak beri dua atau tiga DUN untuk kami bantu tetapi laskar-laskar yang saya hantar ini mahu bantu sehingga 10 DUN kerana bilangan kami ramai.

“Mereka semua (laskar-laskar) adalah jentera UMNO yang menyokong PN. Kebanyakan mereka merasakan mereka sudah tiada pilihan dan sudah nekad. Kalau kena pecat pun pecatlah,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya