PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas melengkapkan siasatan ke atasnya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sudah pasti pihaknya sentiasa bekerjasama dengan SPRM dalam melengkapkan siasatan membabitkan 1MDB. “Kita masih jalankan siasatan. Jadi tiada apa yang dapat dikongsi lagi buat masa ini,” katanya. Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu Utusan Malaysia, pihaknya bersedia memangil Jasmine sebaik sahaja siasatan polis terhadap wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya