Seorang maut, lima parah nahas libatkan 10 penunggang motosikal - Utusan Malaysia

Seorang maut, lima parah nahas libatkan 10 penunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di Kilometer 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah ke Seremban, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30 malam dan hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kesemua penunggang motosikal yang terlibat bergerak dari arah Nilai menuju ke Seremban melalui Lekas.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai telah gagal dikawal sebelum terbabas dan berlanggar sesama sendiri. 

“Seorang penunggang berusia 19 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang cedera parah dan empat penunggang lain mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke hospital yang sama bagi proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya