Selamat jalani pembedahan, Salahuddin kini dirawat di ICU  - Utusan Malaysia

Selamat jalani pembedahan, Salahuddin kini dirawat di ICU 

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU) dan dalam pengawasan pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar di Kedah. 

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal, pembedahan ke atas Ahli Parlimen Pulai yang mengalami pendarahan otak selesai pagi tadi di HSB. 

Sehubungan itu Syakirin memohon orang ramai  tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang menimbulkan kekeliruan berhubung status kesihatan Timbalan Presiden Parti Amanah itu. 

“Pihak Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa. 

“Pejabat Menteri turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan berterusan kepada Salahuddin,” katanya dalam kenyataan. 

Terdahulu, Syakirin memaklumkan, menteri berkenaan dikejarkan ke HSB malam tadi bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami mual dan muntah-muntah sebelum disahkan berlaku pendarahan otak oleh doktor pakar.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya