Sarawak berhasrat pamerkan penyelidikan sejarah melalui

Sarawak berhasrat pamerkan penyelidikan sejarah melalui persembahan teater seni – Premier Sarawak

ABANG Johari merasmikan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023, di Muzium Budaya Borneo (BCM) Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak berhasrat untuk pamerkan pendidikan sejarah yang ada di negeri ini melalui persembahan teater seni budaya dan muzikalnya, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelasnya, melalui pendekatan yang berbeza itu nanti orang ramai dapat mempelajari sejarah Sarawak melalui persembahan muzikal sekali gus memudahkan fahaman kepada pengunjung ke negeri ini.

“Kerajaan Sarawak hendak mempunyai pendekatan yang sedikit berlainan dari usaha kita nak mempamerkan sejarah. Pertamanya, mereka boleh mempelajari dari artifak sejarah melalui pameran-pameran yang ada.

“Seterusnya, kita mahu mengubahkannya melalui satu acara kepada satu persembahan seperti seni muzikal agar orang mudah memahami sejarah di negeri ini,” katanya ketika berucap di di Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2023, di Muzium Budaya Borneo (BCM) Kuching hari ini.

Justeru itu, Abang Johari turut menegaskan kerajaan Sarawak telah memperuntukkan lebih 200 juta untuk menaik taraf bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lama menjadi Pusat Seni Persembahan Sarawak.

“Sebab itu kerajaan sarawak telah memberi peruntukan lebih 200 juta untuk kita menaik taraf pusat seni persembahan di DUN yang lama, di mana kita akan mengumpulkan dan melengkapkan kesemua seni yang ada di negeri ini untuk dipamerkan di pusat berkenaan.

“Selain itu, usaha menaik taraf pusat tersebut juag perlu agar setiap persembahan seni budaya yang ditayangkan mempunyai sistem suara yang baik kerana ini adalah satu-satunya cara kita untuk menterjemahkan dan membawa secara hidup apa juga pameran sejaran yang ada di Sarawak ini,” tegas Abang Johari.

Dalam perkembangan yang sama, Abang Johari tidak menafikan banyak lagi khazanah di Sarawak yang ingin di kongsi bersama kepada dunia luar, dan berharap lebih banyak kajian yang mendalam dapat dilakukan dalam pembangunan tamadun masyarakat.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mendedahkan angka terkini bagi pengunjung ke Muzium Budaya Borneo (BCM) merekodkan lebih 760,000 orang sejak dibuka tahun lepas sehingga 29 Julai

“Kita dapat lihat di Sarawak, minat terhadap muzium itu begitu luar biasa di mana sejak pelancaran BCM pada 9 Mac tahun lepas, ia telah menarik ramai orang untuk melawat muzium yang mana sememangnya memberi impak kepada pengunjung yang melawat muzium ini.

“Pada masa yang sama, saya sendiri akui melihat mereka yang melawat muzium ini kagum dan gembira dengan sejarah yang dipamerkan di sini,” katanya.

End.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya