Saingan tiga penjuru di DUN Klawang - Utusan Malaysia

Saingan tiga penjuru di DUN Klawang

SAIFUL Bahri Jaaman (kanan), Danni Rais (tengah) dan Bakri Sawir menunjukkan isyarat bagus sebelum memasuki pusat penamaan calon DUN Klawang di Kuala Klawang, Jelebu, pagi ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang di sini menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 pada 12 Ogos ini.

Bekas Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Jelebu, Saiful Bahri Jaaman menjadi calon ketiga bersaing kerusi tersebut.

Dua calon lain ialah calon Perikatan Nasional (PN), Danni Rais dan penyandang kerusi itu, Datuk Bakri Sawir mewakili Pakatan Harapan (PH) dari Amanah.

Bakri dan Danni mempunyai ikatan kekeluargaan sebagai sepupu manakala Saiful Bahri pernah menjadi pegawai khas kepada Bakri.

Pencalonan mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Klawang, Rahim A. Aziz kira-kira pukul 10.30 pagi ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya