Rumah dusun tarik perhatian di geotapak Bukit Ayer - Utusan Malaysia

Rumah dusun tarik perhatian di geotapak Bukit Ayer

SALLINA Mohamed, 60, dan suaminya, Jubely Pa, 65, mengenengahkan idea cukup kreatif mewujudkan rumah dusun sebagai tarikan baharu di Elyna@Bukit Ayer di Geotapak Bukit Ayer, Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sepasang suami isteri mengambil inisiatif membina rumah dusun yang unik untuk menarik kedatangan pelancong yang mahukan suasana kelainan dalam kebun buah-buahan.

Sallina Mohamed, 60, dan suaminya, Jubely Pa, 65, mengusahakan rumah tersebut di dalam dusun mereka sebagai tarikan baharu buat pengunjung di geotapak Bukit Ayer di sini.

Konsep unik yang pertama di Perlis di Elyna@Bukit Ayer itu bukan saja bakal memberi kelainan kepada pengunjung malah mereka juga disajikan suasana tenang dan panorama di dalam dusun.

Selain dapat menginap di rumah itu, pengunjung juga berpeluang menikmati buah-buahan di dusun itu mengikut musim tertentu bersama pelbagai juadah makanan yang turut disediakan di kiosk tapak dusun berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sallina berkata, idea bagi mendirikan rumah dua tingkat di atas tanah dusun seluas kira-kira 0.3 hektar itu tercetus selepas dia bersama suami bersara dalam bidang perbankan sebelum ini.

“Kami membeli tanah dusun ini sejak tahun 1995 dan selepas bersara, kami pulang semula ke Perlis pada tahun 2017 bagi menguruskan dusun berkenaan.

“Secara kebetulan saya dan suami memang minat bidang dalam pertanian, jadi daripada situlah timbulnya idea bagi mendirikan kiosk makanan di sini bersama rumah pokok dalam memberi kelainan buat pengunjung,” katanya.

Tambah Sallina, sewa bagi rumah pokok itu adalah RM100 manakala bagi pakej untuk bermalam sambil menikmati buah-buah pula sebanyak RM150-RM200 semalam.

SALLINA Mohamed, 60, dan suaminya, Jubely Pa, 65, melayan pengunjung menikmati buah durian di rumah dusun di Elyna@Bukit Ayer di Geotapak Bukit Ayer, Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Katanya, antara pokok di dusun itu adalah seperti durian, cempedak, dokong, rambutan, manggis, jering, petai dan pelbagai lagi.

“Kebanyakkan pokok-pokok ini berusia lebih 60 tahun dan pastinya pengunjung berpeluang merasai pengalaman berbeza jika menetap di sini,” katanya.

Sementara itu, Jubely berkata, kiosk makanan mereka juga turut menyajikan pelbagai juadah menarik buat pengunjung antaranya seperti mi kari, asam pedas melaka,nasi sambal petai, pulut durian dan pelbagai lagi.

Katanya, usaha bersama isteri bagi membangunkan dusun berkenan sebagai lokasi eko pelancongan turut menjadi pelengkap bersempena penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

“Kami melihat kewujudan lokasi ini sebagai potensi bagi menarik pelancong luar dengan konsep unik yang diketengahkan buat mereka.

“Ini sekali gus membantu dalam usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024/2025,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya