Rizab harimau, hidupan liar bantu tingkat populasi Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Rizab harimau, hidupan liar bantu tingkat populasi Harimau Malaya

TENGKU HASSANAL Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kiri) bersama Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kanan) melihat persembahan visual dipaparkan bersempena Majlis Pemasyhuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Institut Biodiversiti Perhilitan di Bukit Rengit, Lanchang, Temerloh, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pemasyhuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal bertujuan memelihara dan melindungi habitat semulajadi dan membantu meningkatkan populasi Harimau Malaya seterusnya meningkatkan keluasan kawasan rayau bagi mengelakkan konflik antara manusia dengan hidupan liar.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kejayaan penubuhan dan pengurusan dua rizab itu tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama dari semua pemegang taruh terlibat.

Baginda sehungan itu meminta agar negeri ini dapat memasang impian lebih besar demi memperkasakan biodiversiti dan kesuburan flora dan fauna pada tahun mendatang.

“Paduka anakanda bersyukur kerana kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Perbadanan Taman Negeri Pahang sangat komited menubuhkan Rizab Harimau Malaya Diraja Al-Sultan Abdullah seluas lebih kurang 134,000 hektar melalui pewartaan secara berfasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Pemasyhuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Institut Biodiversiti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan ) di Bukit Rengit, Lanchang, di sini hari ini.

Tengku Hassanal bertitah, Rizab Harimau Diraja akan diuruskan sebagai kawasan ‘Central Forest Spine’ (CFS) bagi membentuk rangkaian ekologi.

“Rizab Harimau Diraja ini akan bersambung dengan kompleks-kompleks hutan yang berada di banjaran utama dalam Semenanjung Malaysia.

“Rizab ini dibangunkan sekitar tahun 1923 dengan tujuan utama untuk memelihara biodiversiti flora dan fauna tempatan dengan sekitar 70 peratus hidupan liar dilindungi di bawah Akta Perlindungan Haiwan Liar 2010 di dalam kawasan Rizah Hidupan Liar Tengku Hassanal.

“Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal boleh dijadikan sebagai makmal biologi hidupan yang boleh digunakan untuk tujuan kajian, pendidikan dan eko-tourism,” titah baginda.

Baginda turut menegaskan tidak menolak apa jua pembangunan termasuk aktiviti eko-tourism.

“Bagaimanapun, ianya haruslah selari dengan prinsip E-S-G (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus), mengambil kira pembangunan mampan, kesejahteraan sosial dan tanggungjawab amalan tadbir urus.

“Pastinya manfaat sosio-ekonomi untuk masyarakat Orang asli dan komuniti tempatan perlu diutamakan dan diambil kira,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya