Ras Adiba, Tun Faisal sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Ras Adiba, Tun Faisal sertai Bersatu

MUHYIDDIN Yassin menyerahkan watikah keahlian Bersatu kepada Ras Adiba pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan di Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas senator, Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi hari ini diumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima watikah keahlian parti itu yang disampaikan sendiri oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera  Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini malam ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN pada majlis yang sama turut menyerahkan watikah keahlian kepada bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Ketika ditemui pemberita, Ras Adiba yang merupakan aktivis orang kurang upaya (OKU) berkata, beliau memilih menyertai Bersatu kerana daripada pengamatannya parti itu dapat membantu memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya percaya Bersatu adalah yang sebenarnya harus kita sokong. Rakyat kini sedang menderita dan saya bersama-sama sahabat lain akan memberikan sokongan kepada mereka di luar sana terutamanya warga emas dan OKU yang betul-betul memerlukan,” katanya.

TUN Faisal Ismail Aziz ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan di Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Tun Faisal pula berkata, beliau memilih Bersatu kerana melihat parti itu membawa asas perjuangan yang dirinya percaya selama ini iaitu agama, bangsa dan negara.

“Saya orang yang percaya kepada jemaah, saya percaya untuk meneruskan perjuangan yang saya percaya selama ini, yang saya bawa bersama UMNO iaitu perjuangan agama, bangsa dan negara yang disandarkan kepada perjuangan Islam dan ummah.

“Kena ada satu platform politik yang bawa apa yang sama saya perjuangkan, dalam hal ini saya percaya bahawa Bersatu dan Pas adalah platform yang terbaik untuk bawa bersama yang saya perjuangkan,” katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Muhyiddin turut menerima borang permohonan menyertai Bersatu daripada bekas Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua PKR Cabang Jelebu, Yus Mazmi Ahmad Yusof.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya