Ramai berhijrah punca pertubuhan belia lesu  - Utusan Malaysia

Ramai berhijrah punca pertubuhan belia lesu 

NASIR Safar (tiga dari kanan) melaksanakan aktiviti riadah bersama warga SMK Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia Veteran (MAYC Veteran) mendedahkan penghijrahan orang muda ke bandar-bandar untuk mencari kerja atau penyambung pengajian antara   punca banyak pertubuhan belia menjadi lesu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden MAYC, Datuk Nasir Safar berkata, melihat kepada situasi itu perubahan lebih kreatif perlu bagi memastikan pertubuhan belia di seluruh negara kembali dipulihkan mengikut keperluan semasa.

Menurut beliau, usaha kreatif itu perlu berfokuskan ke arah pembinaan negara bangsa, patriotisme dan kejiranan yang akan menjadi tunjang kekuatan jati diri belia masa hadapan.

“Sistem pergerakan belia dahulu dan sekarang kian berubah disebabkan beberapa faktor termasuk tuntutan pendidikan dan peluang pekerjaan yang mendesak mereka berhijrah keluar dari lokasi bandar atau kampung masing-masing.

“Fenomena ini bukan hanya berlaku di Kelantan malah mencakupi persatuan belia di seluruh negara sehingga menyebabkan menghadapi ketandusan barisan kepimpinan dan ahlinya,” katanya ketika ditemui pada Program Gaya Hidup Sihat 10,000 Langkah Jalan Kaki dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai, di sini semalam.

Nasir berkata, fenomena tersebut perlu diberikan tumpuan bagi memastikan negara tidak ketandusan pemimpin belia pada masa depan.

Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan kepada pertubuhan belia supaya ia terus kekal subur sepanjang masa.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya