‘PSB Sarawak tetap bukan komponen parti GPS’

‘PSB Sarawak tetap bukan komponen parti GPS’

ABANG Johari Ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Innocement Sdn Bhd, antara SCG International dan YTL Cement Berhad, di Hotel Grand Margherita, Kuching petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerjasama yang terjalin antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan pembangkang, Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak bermaksud PSB adalah komponen dalam parti Gabungan Parti Sarawak (GPS).  

Perkara tersebut ditegaskan Presiden GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beliau memberi jaminan bahawa mesyuarat bersama ahli majlis tertinggi parti GPS akan diadakan dalam waktu terdekat ini.   

“Tiada kesimpulan, sebab itu mereka bekerjasama sahaja, bukan memorandum persefahaman (MoU) dan bukan sebahagian daripada GPS, ia adalah berasingan, tiada kaitan dengan GPS. 

“Mereka mahu bekerja dengan GPS, setakat ini, hanya kerjasama antara PDP dan PSB dahulu. Di peringkat kita (GPS), kita akan mengadakan mesyuarat GPS terlebih dahulu, mendengar kerjasama di antara pihak PSB dgn PDP. 

“Memang sebelum ini pihak PSB ada mengatakan pendirian mereka untuk menyokong GPS khususnya dalam memacukan negeri kita, malah, waktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dahulu, Wong Soon Koh (Presiden PSB) ada berjumpa dengan saya,” dedahnya ketika ditemui media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Innocement Sdn Bhd di antara SCG International dengan YTL Cement Bhd., di sini hari ini. 

Justeru, Abang Johari memberi bayangan bahawa pihaknya sentiasa membuka ruang untuk mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama demi kebaikan rakyat dan pembangunan negeri Sarawak. 

“Bagi saya demi untuk rakyat dan negeri, kalau mereka hendak membantu GPS tentulah kita terbuka kepada itu. Ada juga ahli mereka yg hendak balik kepada parti asal dan bagi saya, ia sentiasa terbuka. Jadi, sekarang mereka menjalinkan hubungan kerjasama dengan PDP.

Bagaimanapun, Abang Johari tidak menafikan sekiranya parti pembangkang PSB ingin menyertai parti kerajaan GPS, beberapa syarat perlu diteliti terlebih dahulu. 

“Kita ada syarat, dan kita tengoklah apa akan terjadi,” jawabnya. 

Semalam, PSB yang merupakan parti pembangkang Sarawak mengumumkan sokongan mereka terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Sementara itu, Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, berkata pilihan mereka untuk menyokong kepemimpinan semasa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara.

Ditanya adakah kerjasama tersebut memberi kesan buruk kepada kompenan parti lain seperti Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Abang Johari meyakinkan bahawa ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah. 

“Saya tidak fikir menimbulkan masalah.  Semua orang nampaknya mahu membina Sarawak. Yang itu saya mesti ikhlas di sini.  

“Walaupun orang sokong, biarlah kan? Ia untuk manfaat semua orang.  Sekurang-kurangnya mereka sedar kesilapan mereka. 

“Mereka lawan saya semasa pilihan raya negeri (PRN) lalu, tetapi sekarang mereka telah sedar apa yang kita (GPS) sampaikan. Secara jujur, saya bukan orang dendam (pendendam).

Dalam perkembangan lain berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) di Semenanjung yang akan diadakan tidak lama lagi, Abang Johari berkata, pihaknya akan membantu.

“Tetapi, kita perlu tahu dari segi apa bantuan yang diperlukan daripada kita (GPS). 

“Sebab perbincangan diadakan dan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi, saya nyatakan dari segi apa bantuan diperlukan, adakah hanya GPS atau kepada pihak kerajaan persekutuan sahaja,” kata Abang Johari.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya