Projek naik taraf dua lebuhraya di Johor dipercepat - Utusan Malaysia

Projek naik taraf dua lebuhraya di Johor dipercepat

ONN HAFIZ GHAZI (dua dari kanan) menyampaikan buku Maju Johor semasa mengadakan pertemuan dengan Ahmad Maslan di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dan pelebaran jalan di dua lebuh raya utama di negeri ini dipercepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Johor supaya lebih pantas.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek yang dipercepatkan termasuk kerja menaik taraf dan pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) yang sepatutnya bermula penghujung tahun depan.

Sebaliknya, pembinaan lorong memotong di SDE akan dimulakan pada November ini, manakala pelebaran jalan Lebuhraya Utara-Selatan pula dimulakan pada Februari 2024.

“Alhamdulillah, perkara ini berjaya dicapai menerusi mesyuarat penyelarasan antara kerajaan negeri, Kementerian Kewangan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam satu kenyataan selepaw mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan di Putrajaya.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri turut menerima peruntukan berjumlah RM4.5 bilion bagi pelaksanaan 496 projek pembangunan di negeri ini sepanjang tahun ini.

“Alhamdulillah, semua ini tidak dapat dilaksanakan dan direalisasikan tanpa kerja keras semua pihak, sama ada di peringkat Persekutuan, mahupun negeri. 

“Semoga kerjasama erat ini akan terus subur dalam memastikan hasrat Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai, Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya